Bad news:Ontop penyokong selangor fc head coach that is… See more…

Selangor FC (SFC) berjaya meraih tiga mata penuh dalam saingan Liga Super musim 2024/25 apabila menewaskan Kedah Darul Aman (KDA FC) 1-0 di Stadium MBPJ.

Ia adalah perlawanan yang cukup sengit kerana kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan bertali-arus ke gawang masing-masing.

Bagaimanapun, situasi yang menarik telah berlaku pada minit ke 7 apabila semua penyokong Selangor dan Kedah berdiri sambil menepuk tangan pada minit ke-7 sebagai tanda solidariti kepada Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid, baru-baru ini.

Pada masa sama, terdapat penyokong Selangor memakai baju hitam yang tertera ‘Stand with Faisal Halim, stop the violence’.

Perlawanan itu turut diserikan dengan tifo Faisal memakai jersi Selangor bernombor tujuh yang cukup sinonim dengan pemain itu.

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan kerana kedua-dua pasukan buntu mencari gol pembukaan.

Memasuki babak kedua, Selangor bangkit dengan lebih garang dan kerap memberi ancaman berbahaya kepada Kedah menerusi gerakan Alvin Fortes.

Percaturan Nidzam Jamil memasukkan pemain import baharu dari Jordan, Reziq Banihani ternyata membuahkan hasil kerana telah mengubah corak serangan dan memberi tekanan kepada benteng Kedah.

Pada minit ke 77, Stadium MBPJ bergema dengan sorakan ribuan penyokong Selangor apabila Haiqal Lau menjaringkan gol pertama menerusi rembatan dalam kawasan kotak penalti.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*